FAKTA KALOGEN YANG AKAN BUAT KORANG TAK SENANG DUDUK!!

istockphoto.com
Tanpa kolagen pada dasarnya badan kita tidak akan berfungsi, atau tidak berfungsi dengan baik. Apabila kita mula kehilangan kalogen, ini akan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan pantas, kulit semakin kering, rambut rosak, kuku menjadi rapuh dan kehilangan tenaga.

Berikut beberapa FAKTA MENARIK mengenai KALOGEN:-

  • Kolagen adalah salah satu struktur utama dalam kulit dan merupakan protein yang sangat diperlukan bukan sahaja pada kulit malah untuk kesihatan tubuh.

  • Dinding salur darah tubuh kita juga terbina daripada kolagen yang membantu memberikan struktur, kekuatan dan fleksibiliti dalam menjalankan tugas menyalurkan darah ke seluruh tubuh.

  • Sekitar 33% protein dalam tubuh manusia terdiri dari kolagen dan lebih kurang 75% kulit terbentuk dari kolagen.

  • Penghasilan kolagen boleh dirangsang melalui pengamalan suplemen kalogen terutama produk seperti makanan atau minuman berkalogen (kegunaan dalam tubuh)

  • Satu pertiga daripada tubuh badan manusia sendiri adalah kolagen.

  • Protein membentuk kira-kira 20% daripada jisim badan manusia, kolagen membentuk sekitar 30% protein yang terdapat di dalam tubuh manusia.

  • Kolagen yang paling biasa dijumpai terdapat dalam struktur kulit badan, seperti tulang dan tisu penghubung.

  • Perkataan "kolagen" berasal dari bahasa Yunani "kolla," yang bermaksud gam.

  • Kolagen berperanan memberi kulit kekuatan dan mengekalkan struktur kulit, juga memainkan peranan dalam penggantian sel kulit mati.

  • Terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran UV secara berterusan akan menyebabkan kalogen berkurangan

  • Faktor gaya hidup yang mampu merosakkan kolagen termasuk merokok, alcohol dan pengambilan gula yang tinggi.

  • Jumlah kalogen dalam tubuh menurun seiring peningkatan usia dan ini berlaku setiap hari

Jadi, kita sepatutnya berasa takut kerana seiring dengan peningkatan usia, kalogen akan hilang setiap hari. So, korang semua perlu menjaga kesihatan sebelum terlambat.

Anda belajar sesuatu? SHARE article ini dengan rakan-rakan..

No comments

Powered by Blogger.