TOP 3 Sumber Kolagen Komersial

Kebiasaannya kolagen komersial ini diproses daripada tiga sumber utama iaitu:
1. Ikan
Kolagen ikan atau dikenali juga sebagai kolagen marin diekstrak daripada ikan laut sejuk dan kebiasaannya salmon atau ikan merah.
Pada 2011, kolagen daripada ikan tilapia ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Putra Malaysia.
Kolagen marin adalah 1.5 kali lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding kolagen bersumberkan lembu atau babi.

2. Lembu
Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini.

3. Khinzir
Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini.

Produk kolagen di pasaran
Pada asasnya, khasiat kolagen diaplikasikan dalam industri makanan, perubatan, kesihatan dan kosmetik. Pengambilan kolagen oleh rakyat negara ini kini semakin meningkat dengan kesedaran mengenai kebaikan khasiat kolagen terutamanya dari sudut kecantikan kulit.
Produk mengandungi kolagen juga dikenali sebagai produk antipenuaan kerana fungsi kolagen diaplikasikan untuk menggantikan kolagen yang hilang pada tubuh.
Lambakan produk makanan tambahan yang mengandungi kolagen perlu diberi perhatian oleh pengguna. Kesan penggunaan kolagen berbeza bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, jenis dan kadar penyerapan oleh sistem tubuh.
Menjadi tanggungjawab pengguna untuk mengetahui sumber kolagen yang terkandung di dalam produk yang diambil. Bagi pengguna beragama Islam, perkara ini sangat penting kerana sumber babi sama sekali dilarang penggunaannya.
Bagi kolagen bersumberkan lembu, ia perlulah diperoleh daripada lembu yang disembelih mengikut hukum syarak. Selain itu, kolagen yang diekstrak daripada lembu dan ikan juga perlu dipastikan tiada campuran bahan yang meragukan status halalnya semasa pemprosesan.

KLIK - Cara Selamat Nak Cantik

Istilah berkaitan kolagen
1. Kolagen tumbuhan (plant collagen) atau kolagen rumpai laut (seaweed collagen)
- Tiada kolagen yang terhasil daripada tumbuhan.
- Istilah ‘plant collagen’ digunakan kerana ekstrak daripada sesetengah rumpai laut mempunyai ciri yang menyerupai kolagen.
2. Kolagen terhidrolisis (hydrolyzed collagen)
Kolagen terhidrolisis adalah bahan yang terhasil daripada pemecahan kolagen. Ia melalui proses hidrolisis yang membabitkan penguraian sebatian oleh tindak balas dengan molekul air.
Banyak produk yang dipasarkan sebagai makanan tambahan kolagen atau produk kecantikan berasaskan kolagen mengandungi kolagen terhidrolisis.

No comments

Powered by Blogger.